Komets Memahat Sejarah
Sebutir permata SMK Kompleks Mengabang Telipot, Nur Aqilah binti Yusoff telah mencipta rekod baru kebangsaan dan Sukan Malaysia (Sukma) bagi acara 70 meter 'recurve' wanita dalam sukan memanah dan menghadiahkan satu lagi pingat emas 60 meter dalam acara yang sama.
Atlet berusia 17 tahun itu berjaya mengutip 331 mata untuk mengatasi rekod kebangsaan milik Mon Redee Sut Xi iaitu 328 mata, yang dilakukan pada Sukan SEA 2003 di Vietnam.
Pencapaian Nur Aqila itu juga memperbaharui rekod Sukma 309 mata yang dibuat Nur Afisa Abdul Halil dari Negeri Sembilan pada Sukma Perlis dua tahun lepas.
KoMeTS memang benar-benar hebat dapat melahirkan permata yang berharga yang telah mengharumkan nama sekolah dan negeri Terengganu..tahniah Aqilah
BalasPadamCg. Sikim...terima kasih atas usaha memasukkan berita hebat ini.
BalasPadamCg. Sikim...terima kasih atas usaha memasukkan berita hebat ini.
BalasPadam